Sunday, November 23, 2008

BAKA BARU : keratan akhbar

Yg. dalam gambo ni, hasil kacukan KSK-AGRO. Boer + Jamnapari.

Timur: Kacukan kambing Boer, Black Bengal lakar sejarah

TANAH MERAH: Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan melakar sejarah penternakan negara apabila menghasilkan baka kambing kacukan Boer dan Black Bengal (BB), dipercayai kejayaan pertama di dunia menerusi kelahiran anak kambing kembar kacukan itu, bulan lalu. Kelahiran anak kambing kembar jantan dan betina pada 9 Oktober lalu menerusi pengkacukan secara tabii itu adalah kejayaan daripada usaha sepasukan pegawai veterinar yang menjalankan pengkacukan itu di Ladang Kambing Projek D'Raja Kampung Domis, di sini. Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri, Datuk Dr Mohd Zairi Serlan, berkata usaha itu dimulakan Mei lalu menggunakan induk jantan muda baka Boer dengan kambing betina BB, iaitu baka kambing yang hanya ditemui di Bangladesh dan Utara India.

Beliau berkata, kambing baka BB tidak didapati di negara ini kecuali Kelantan menerusi usaha membawa masuk beberapa ekor ternakan terbabit dari Bangladesh bertujuan sebagai penyelidikan dan cubaan pengkacukan untuk menilai manfaat yang boleh diperoleh darinya. Katanya, berdasarkan data Jabatan Perkhidmatan Veterinar, pengkacukan itu adalah yang pertama di negara ini dan semakan juga mendapati dua baka terbabit juga tidak pernah dikacukkan mana-mana agensi atau perternak di dunia. "Projek ini mencatatkan kejayaan kerana dua anak kembar kambing kacukan yang kini berusia lebih sebulan itu dilahirkan dengan kecergasan kacukan (hybrid vigour) iaitu mempunyai sifat yang lebih baik berbanding dua baka ternakan yang digunakan.

*keratan akhbar berita harian, 21/11/2008.


No comments: