Sunday, November 23, 2008

BAKA BARU : keratan akhbar

Yg. dalam gambo ni, hasil kacukan KSK-AGRO. Boer + Jamnapari.

Timur: Kacukan kambing Boer, Black Bengal lakar sejarah

TANAH MERAH: Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan melakar sejarah penternakan negara apabila menghasilkan baka kambing kacukan Boer dan Black Bengal (BB), dipercayai kejayaan pertama di dunia menerusi kelahiran anak kambing kembar kacukan itu, bulan lalu. Kelahiran anak kambing kembar jantan dan betina pada 9 Oktober lalu menerusi pengkacukan secara tabii itu adalah kejayaan daripada usaha sepasukan pegawai veterinar yang menjalankan pengkacukan itu di Ladang Kambing Projek D'Raja Kampung Domis, di sini. Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri, Datuk Dr Mohd Zairi Serlan, berkata usaha itu dimulakan Mei lalu menggunakan induk jantan muda baka Boer dengan kambing betina BB, iaitu baka kambing yang hanya ditemui di Bangladesh dan Utara India.

Beliau berkata, kambing baka BB tidak didapati di negara ini kecuali Kelantan menerusi usaha membawa masuk beberapa ekor ternakan terbabit dari Bangladesh bertujuan sebagai penyelidikan dan cubaan pengkacukan untuk menilai manfaat yang boleh diperoleh darinya. Katanya, berdasarkan data Jabatan Perkhidmatan Veterinar, pengkacukan itu adalah yang pertama di negara ini dan semakan juga mendapati dua baka terbabit juga tidak pernah dikacukkan mana-mana agensi atau perternak di dunia. "Projek ini mencatatkan kejayaan kerana dua anak kembar kambing kacukan yang kini berusia lebih sebulan itu dilahirkan dengan kecergasan kacukan (hybrid vigour) iaitu mempunyai sifat yang lebih baik berbanding dua baka ternakan yang digunakan.

*keratan akhbar berita harian, 21/11/2008.


Sunday, October 5, 2008

SALAM AIDUL-FITRI

-
Masih belum terlewat rasenye saya bagi pihak KSK-AGRO untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA untuk semua sahabat penternak seluruh Malaysia.
-
"Selamat Hari Raya Aidul-Fitri Mulia, Ampun Maaf Dipinta, Mensuci Hening Dosa, Setahun Menghilang Sekarang Menjelma, Hari Yang Bahagia, Selamat Hari Raya"
-

Wednesday, September 17, 2008

AYAM KAMPUNG





-
Salam Ramadhan,
Untuk makluman semua, KSK-AGRO telah pun memulakan projek penternakan ayam kampung. Sebenarnya kami telah pun merancang dan memulakan projek ayam kampung ni 3 bulan yang lalu lg.
-
Batch yang pertama, kami telah bemula dengan 500 ekor dan telah pun habis dijual (alhamdulillah). Batch kedua pun 500 ekor jugak. Batch yang kedua ni pun dah mula dijual.
Pada sahabat yang berminat untuk mendapatkan bekalan ayam kampung untuk Hari Raya ni,
leh la membuat pesanan.
-
*info: ayam kampung yang kami ternak ni adalah hasil kacukan ayam kampung asli dengan ayam dari Perancis. Nama siansnye "ayam SASO".
-
Moga perkara baik yang kita rancangkan dan kerjakan mendapat keredaan dan berkat, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan ni, (Insyaalah) .........(poso jang jangan tak poso).

Tuesday, September 9, 2008

SELAMAT BERPUASA

-
Salam buat semua,
Selamat menempuhi Ramadhan yang dinanti. Moga amalan wajib diteruskan dan yang sunat dipertambahkan lagi, bagi kita memenuhi tuntutan di Ramadhan yang penuh barakah ini. Kambing, kambing jugak tapi kewajipan kita janganlah dilupakan.......
-
Urusan ladang di KSK-AGRO masih berjalan seperti biasa, (lotih woo....nak layan kambing pose-pose ni....). Terima kasih pada sahabat-sahabat yang telah datang melawat kami di ladang dan yang telah memborong kambing KSK-AGRO...... Dan pada yang berminat stock masih ada, jemput-jemputlah ke Kuala Pilah yo.......
-
Ramadan alMubarak
riuhsepi dingin dinihari
kumamah kalimah mengharap redha Illahi
sepajang hari meletakkan zahiri dan batin
idi atas waras iman dijelajahi
kujelajahi kegelisahan yang dahaga
letih meniti hari mengutuh peribadi
tangkas menepis serangan sendiri
musuh dan lawan mengharum suci
ketika siap berbuka
kemenangan pula dahagakan cabaran lain
tarawih dan witir menjelmakan insan fakir
khusyuk patuh tunduk ke langit
ramadan almubarak
semarak kasih Illahi tak kemarau
gemuruh iman menakluk cahaya pedoman
hari-hari melayari kehidupan.
(ihsan:HASYUDA ABADI)

Wednesday, August 20, 2008

PEJANTAN UNGGUL KSK_AGRO



Janggut, adalah salah seekor pejantan unggul di kandang kami.
Berumur 2 setengah tahun. Berat terakhir ditimbang adalah 132kg.
Janggut adalah pejantan Boer Full-Blood (with cirt) dan negara asalnya
dari Australia. Telah hampir setahun setengah berada di kandang kami di Kuala Pilah (N.9).

Hasil dari pada Janggut, kebanyakkan anak-anaknya adalah brown head. Kadar kenaikkan berat badan dan tumbesaran anaknya juga agak baik.

Silalah amati antara gambar2 yang sempat saya uploadkan diatas.
Bersambung lagi.......

Sunday, August 3, 2008

MEGA SALE LADANG KSK-AGRO







SALE!!!!!SALE!!!!!SALE!!!!!
SALE!!!!!SALE!!!!!SALE!!!!!
SALE!!!!!SALE!!!!!SALE!!!!!

Salam buat semua,

Sorry, setelah lama tak update blog ni, dan dengan kesempatan ini,
pihak KSK-AGRO ingin mewar-warkan jualan "MEGA SALE" kami.

Jualan MEGA SALE ladang KSK-AGRO (Kuala Pilah).

Dapatkan segera dengan menghubungi kami di talian,
(Hj. Jaafar 019-2489954, Khairul 013-3483031) .

Stock Induk Jamnapari, Pejantan Boer & Jamnapari, juga anak betina/jantan cross......

Induk Jamnapari, umur 1 setengah thn ke 2 setengah thn (30 ekor):
* RM 800.00 seekor (harga masih boleh dirunding)

Pejantan Jamnapari, umur 2 setengah thn (1 ekor):
* RM 3000.00 (harga masih boleh dirunding)

Pejantan Boer F5, umur 3 thn (1 ekor):
* RM 2600.00 (harga masih boleh dirundingkan)

Anak Jantan/Betina Cross Jamna/Boer 5 bulan ke 11 bulan (30 ekor):
* RM 400.00 - RM 750.00 (harga masih boleh dirunding)

* DAPATKAN SEGERA SEMENTARA STOCK MASIH ADA!!!!
* DAPATKAN SEGERA SEMENTARA STOCK MASIH ADA!!!!
* DAPATKAN SEGERA SEMENTARA STOCK MASIH ADA!!!!

Wednesday, January 23, 2008

Anak Kambing
















Salam buat semua,
-
Hampir dua bulan blog KSK-AGRO tak update. Kali ini KSK-AGRO ingin memperlihatkan serba sedikit perkembangan anak-anak kambing (jambo). Umur dah 3 bulan ke atas.
-
Alhamdulillah, buat masa ini hampir 60 ekor anak-anak kambing sihat-sihat belaka. Ini adalah hasil dari batch-pertama ibu-ibu yang ada di kandang KSK-AGRO (Kuala Pilah). Ibunya Jamnapari & bapaknya Boer fullblood.
-
Bagi sahabat-sahabat yang berminat untuk meminang anak-anak kambing ini, anda dijemput untuk datang sendiri ke kandang kami. Kalu ada sebarang kemuskilan bolehlah hubungi saya
di 013-348 3031 (khairul)