Tuesday, April 21, 2009

NAPIER INDIA IKN091

Salam,

Lamo botul blog kskagros ni tak updatekan.....den mintak maap la yo, pasal ado sobab-sobab yang tak dapat nak dielakan. Tapi walau camno pun, semangat kambing ni masih totap samo lai cam mulo-mulo dulu....

Berita terbaru disini yang nak den sampaikan adalah berkenaan penemuan rumput napier verity baru ni.... panasssss.... NAPIER INDIA (IKN091).















gambar hiasan


*Info dari bro SHAM GZ*
Rumput Napier India IKN091 dan Rumput Napier Taiwan mana lebih baik?

Ramai yang bertanyakan kepada saya tentang perbezaan 2 jenis rumput ini.Jadi saya mengambil sedikit kesempatan masa saya untuk menulis berkenaan persoalan yang sering dibangkitkan ini.

1. Napier India IKN091 dua kali ganda lebih baik berbanding Napier Taiwan. Ia disebabkan oleh peratus kandungan protein yang terdapat pada daun dan bantang Napier India IKN091 adalah jauh lebih tenggi berbanding Napier Taiwan. Dimana Napier Taiwan peratus protein cuma 10-13% sahaja dan Napier India IKN091 adalah 20.3%! Keputusan ini adalah daripada analisis Makmal MARDI, Serdang.

2. Perbezaan ketara yang kedua ialah dari segi Hasil per Ha/Tahun. Napier India IKN091 lebih baik 5 kali ganda berbanding Napier Taiwan , keputusan daripada analisis yang dikeluarkan oleh JPH, dan Napier Taiwan cuma menghasilkan 20tan/ha/thnNapier India IKN091 mengeluarkan hasil melebihi 100tan/ha/year.

3. Perbezaan yang ke 3, ialah dari aspek penghasilan mata tunas baru. Bagi Napier Taiwan yang berumur sebulan, kadar pengeluaran mata tunas cuma 2 - 3 mata tunas sahaja, bagi Napier India IKN091 pengeluaran mata tunas sudah mencecah 4-6 mata tunas baru. Sewaktu berumur 45 hari hingga 2 bulan, pengeluaran mata tunas benih Napier India IKN091 minimum boleh mencecah 13 mata tunas baru hingga ke 30 mata tunas baru, sedangkan napier taiwan cuma 5 hingga ke 10 mata tunas baru.

Itu untuk pertumbuhan kali pertama, bagi pusingan yang kedua (iaitu selepas dipotong kali pertama) setiap mata tunas akan menganda kepada 2 kali ganda (iaitu sifat yang sama dengan Napier Taiwan). Cthnya, jika minimum 13 batang (yg dihasilkan pada pusingan pertama), ia akan menghasilkan 26 mata tunas baru pada pusingan yang kedua, bermakna hasil/ha/year juga akan meningkat berganda2 selepas pusingan yang seterusnya.

Perkara ini akan mempengaruhi hasil/ ha/ year dan kos operasi keseluruhan projek ternakan. Hasil yang dikeluarkan oleh Napier Taiwan ialah 20tan/ha/year dan bagi Napier India IKN091 ialah melebihi 100tan/ha/year! - Analisis dari JPH dan Prof Zaki.

Secara keseluruhannya bagi pihak kami yang menjalankan penyelidikan dan pembangunan, kami yakin bahawa Rumput Napier India IKN091 adalah lebih baik daripada Rumput Napier Taiwan. Dan peratus protein yang tinggi pada daun dan batang rumput Napier IKN091, ia mampu untuk mengantikan hampir 90 % penggunaan dedak dalam pemakanan harian seterusnya menjimatkan hampir 60% kos operasi di ladang ternakan penternak di Malaysia.

***JAWATAN KOSONG***
(pembantu / pekerja ladang kambing)
(gaji RM 650.00 sebulan)
(hari Ahad Off)
(tempat tinggal dan kemudahan asas disediakan)

*amacam kengkawan, kalu ado yang berminat untuk mencubo atau mendapatkan benih, tepon jolah yo........Wassalam.